Mangsa diberikan rawatan awal di lokasi, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, tetapi kemudiannya disahkan meninggal dunia.Mangsa diberikan rawatan awal di lokasi, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, tetapi kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Warga asing maut direnjat elektrik dalam kebakaran kilang

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
kebakaran kilang lahad datuKetua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata sebuah kilang kitar semula di Batu 2 Kampung Durian, Lahad Datu musnah 90% dalam kebakaran semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran sebuah kilang kitar semula di Batu 2 Kampung Durian, Lahad Datu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang, warga asing dikenali Muhammad Alpian Abdullah disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata 21 anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.09 petang.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula jenis tidak kekal yang musnah 90%.

“Seorang mangsa dilaporkan mengalami renjatan elektrik dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi, sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kebakaran terkawal pada 7.38 malam, tetapi operasi memadam bara api dan kerja overhaul giat dijalankan bagi memastikan tiada punca nyalaan semula serta keadaan benar-benar selamat.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.