Mehdi Taremi menyifatkan layanan diterima pasukannya 'tidak adil'.Mehdi Taremi menyifatkan layanan diterima pasukannya 'tidak adil'.

‘Piala Dunia bencana’, kapten Iran kecam Fifa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mehdi Taremi kecewa Fifa gagal menyelesaikan masalah dihadapi pasukannya sejak permulaan kejohanan pada 11 Jun lalu. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Iran mengkritik Fifa dan presidennya Gianni Infantino berhubung cara badan induk bola sepak dunia itu mengendalikan kejohanan bola sepak terbesar dunia Piala Dunia Fifa 2026, sambil menyifatkan layanan yang diterima pasukannya sebagai ‘tidak adil’, lapor Anadolu Ajansi.

“Piala Dunia ini satu bencana,” kata Mehdi Taremi kepada pemberita selepas keputusan seri ketiga peringkat kumpulan menentang Mesir pada awal Sabtu, sambil meluahkan kekecewaan kerana Fifa masih gagal menyelesaikan masalah dihadapi pasukannya sejak permulaan kejohanan pada 11 Jun lalu.

“Mereka (Fifa) sepatutnya menyelesaikan setiap masalah di sini, tetapi malangnya mereka gagal berbuat demikian sejak awal lagi.”

Taremi berkata, Infantino mengunjungi bilik persalinan pasukan Iran selepas perlawanan pertama dan berkata: “Ini baru permulaan”, namun peringkat kumpulan akan berakhir esok sedangkan kakitangan logistik pasukan Iran masih belum dapat bersama skuad.

“Mereka tidak mempunyai visa.”

Ramai kakitangan sokongan penting pasukan Iran tidak diberikan visa, manakala pasukan dari negara lain dapat membawa semua kakitangan sokongan mereka.

Taremi turut menyatakan rasa tidak puas hati apabila beliau dan rakan sepasukan selepas perlawanan menentang Mesir terpaksa meninggalkan Seattle di Amerika Syarikat (AS) menuju ke Tijuana, Mexico, sekali gus menambah perjalanan selama beberapa jam yang tidak perlu dilalui oleh pasukan lain.

Skuad Iran pada asalnya merancang untuk menjadikan Tucson di negeri Arizona sebagai pangkalan sepanjang kejohanan, namun berpindah ke Mexico pada akhir Mei susulan ketegangan berterusan antara AS dan Iran di Asia Barat.

Konflik itu tercetus pada 28 Feb selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, yang mencetuskan siri serangan balas oleh Tehran.

Skuad Iran dan kakitangannya berulang kali memaklumkan bahawa mereka berdepan kesukaran untuk memasuki dan keluar dari AS bagi menghadiri perlawanan.

“Kami sayangkan rakyat Mexico. Kami sayangkan Tijuana. Namun sebagai pemain profesional yang menyertai pertandingan bertaraf profesional, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Taremi.

Beliau berkata, masa tambahan yang terpaksa dihabiskan pasukan Iran untuk berulang-alik — tidak seperti pasukan lain — menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk berehat atau menjalani pemulihan, “tanpa apa-apa; ia tidak adil,” katanya.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus