Menurut MMM, Semak Berita diwujudkan untuk jawab persoalan sama ada sesuatu kandungan benar-benar diterbitkan oleh organisasi media didakwa sebagai penerbitnya.Menurut MMM, Semak Berita diwujudkan untuk jawab persoalan sama ada sesuatu kandungan benar-benar diterbitkan oleh organisasi media didakwa sebagai penerbitnya.

Inisiatif Semak Berita bantu sah kandungan meragukan ketika PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Semak Berita beroperasi untuk mudahkan pengesahan maklumat secara pantas, selaras kerjasama antara pihak berkepentingan, serta sampaikan maklumat yang telah disahkan, menurut MMM.

JOHOR BAHRU: Majlis Media Malaysia (MMM) melancarkan Semak Berita, satu inisiatif bagi membantu orang ramai menyemak kesahihan kandungan berkaitan pilihan raya yang meragukan, dipalsukan atau dimanipulasi, dengan mekanisme perintis akan bermula esok sempena PRN Johor.

MMM memaklumkan, Semak Berita beroperasi sepanjang tempoh pilihan raya bagi memudahkan pengesahan maklumat secara pantas, menyelaras kerjasama antara pihak berkepentingan yang berkaitan serta menyampaikan maklumat yang telah disahkan kepada orang ramai.

“Ketika tempoh pilihan raya, maklumat palsu bukan sekadar muncul dalam bentuk khabar angin. Ia sebaliknya boleh berbentuk grafik berita yang meyakinkan, tangkap layar yang dipalsukan, penggunaan logo media secara tidak sah, kenyataan media yang direka, keputusan pilihan raya direka-reka serta kandungan dijana dan dimanipulasi melalui kecerdasan buatan (AI).

“Apabila nama dan logo organisasi media yang sah disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu, maka kesannya bukan sahaja menjejaskan sesebuah organisasi media, tetapi juga menghakis kepercayaan orang ramai terhadap keseluruhan ekosistem media,” kata MMM dalam kenyataan.

Menurut majlis itu, segala kemas kini, penjelasan dan rekod awam berkaitan Semak Berita akan dipaparkan menerusi laman web sb.majlismedia.my.

Menerusi kenyataan sama, Pengerusi MMM Nallini Pathmanathan berkata, Semak Berita diwujudkan bagi menjawab persoalan yang jelas, iaitu sama ada sesuatu kandungan benar-benar diterbitkan oleh organisasi media yang didakwa sebagai penerbitnya.

“MMM bukanlah pihak yang menentukan kebenaran dalam politik. Kami tidak menilai atau membuat keputusan terhadap manifesto, dakwaan kempen mahupun perdebatan antara parti politik.

“Batas yang kami tetapkan adalah jelas: Adakah kandungan ini benar-benar diterbitkan oleh bilik berita berkenaan? Perkara itu merupakan satu fakta yang boleh disahkan dengan pantas,” katanya.

Nallini berkata, kempen itu bukan bertujuan menyekat penglibatan awam, sebaliknya menggalakkan masyarakat supaya terlibat secara lebih bertanggungjawab dengan berpandukan maklumat yang boleh dipercayai.

“Ketika pilihan raya, rakyat mempunyai hak untuk membaca, berkongsi, berdebat dan terlibat,” katanya.

“Namun, keterlibatan yang sihat memerlukan maklumat yang boleh dipercayai. Sebelum mempercayai sesuatu dan sebelum berkongsi, tanya terlebih dahulu: siapa yang menyatakannya dan apakah sumbernya?”

Menerusi inisiatif itu, MMM bertindak sebagai badan penyelaras utama, manakala organisasi media yang terlibat diminta melantik pegawai pengesahan utama dan seorang pegawai gantian bagi memastikan pengesahan dapat dilaksanakan dengan segera sepanjang tempoh pilihan raya.

“Sekiranya terdapat pertikaian terhadap sesuatu kandungan seperti grafik palsu yang memaparkan logo media, tangkap layar berita yang dimanipulasi, maklumat palsu mengenai pusat mengundi atau keputusan pilihan raya yang tidak sah, MMM akan membantu menyelaras pengesahan dengan pihak berkaitan,” katanya.

Menurut MMM, Semak Berita tidak memberi kuasa tambahan kepada MMM serta tidak mengambil alih peranan organisasi berita, agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa kawal selia atau Suruhanjaya Pilihan Raya, sebaliknya inisiatif itu hanya berperanan sebagai mekanisme penyelarasan sementara sepanjang PRN Johor dan akan dinilai selepas selesai pelaksanaan fasa perintis.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.143
$0.143$0.143
-1.10%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus