Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof kata Sabah mempunyai peruntukan khusus berhubung 40% hasil manakala Sarawak merujuk kepada Perkara 112D Perlembagaan.Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof kata Sabah mempunyai peruntukan khusus berhubung 40% hasil manakala Sarawak merujuk kepada Perkara 112D Perlembagaan.

Fahami geran khas Sarawak, Sabah dalam konteks Perlembagan, kata TPM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Fadillah YusofTimbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof ulas perbandingan geran yang diterima Sarawak dan Sabah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Geran khas kepada Sarawak dan Sabah perlu difahami dalam konteks Perlembagaan dan peruntukan sedia ada, kata timbalan perdana menteri.

Fadillah Yusof menerangkan Sabah mempunyai peruntukan khusus yang menetapkan 40% hasil tertentu negeri dikembalikan kepada Sabah.

“Bagi Sarawak pula, tiada peruntukan sedemikian. Sarawak lebih merujuk kepada Perkara 112D yang memperuntukkan pemberian khas interim sebanyak RM600 juta,” katanya, lapor TV Sarawak, mengulas perbandingan geran yang diterima dua negeri itu.

Pada Februari, Kementerian Kewangan mengumumkan Putrajaya akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Sarawak tahun ini untuk menyemak pemberian khas yang diperuntukkan kepada Sarawak, dan merangka formula baharu.

Susulan itu, kerajaan Sarawak mencadangkan supaya jumlah pemberian khas itu ditentukan berdasarkan peratusan hasil.

Cadangan itu bererti pemberian khas akan berpandukan jumlah pendapatan negeri, khususnya berasaskan kutipan cukai, selain bersifat fleksibel mengikut prestasi hasil semasa.

Fadillah hari ini berkata Sarawak menunggu keputusan Kementerian Kewangan berhubung cadangan mewujudkan suatu formula yang jelas sebagai asas penyelarasan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002717
$0,00002717$0,00002717
0,00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus