Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lanjutan itu mengekalkan prinsip 'no find, no fee' dan akan membolehkan pencarian baki kawasan seluas 7,428km persegiMenteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lanjutan itu mengekalkan prinsip 'no find, no fee' dan akan membolehkan pencarian baki kawasan seluas 7,428km persegi

Kontrak cari MH370 dengan Ocean Infinity dilanjut setahun lagi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
ocean infinityKerajaan dan Ocean Infinity memeterai perjanjian mencari MH370 pada 25 Mac 2025, dengan pencarian bermula 25 Feb tahun sama. (Gambar Ocean Infinity)

PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian Malaysia dan Ocean Infinity untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, selama setahun mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata lanjutan itu berkuat kuasa sehingga 30 Jun 2027 dengan semua terma dan syarat sedia ada, termasuk prinsip “tidak jumpa, tiada bayaran” di mana firma berpangkalan di UK itu hanya akan dibayar USD70 juta jika bangkai pesawat terbabit ditemui.

“Keputusan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan dan tidak berbelah bahagi kerajaan dalam memberikan penutupan yang amat dinantikan keluarga waris penumpang pesawat MH370.

“Kelulusan pelanjutan tempoh ini bertujuan membolehkan baki kawasan pencarian seluas 7,428.54km persegi diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Loke berkata, lanjutan itu turut mengambil kira komitmen komersial baharu yang diterima Ocean Infinity yang memerlukan aset pencarian utamanya ditempatkan semula di lokasi lain buat sementara.

Menurutnya, penempatan semula aset itu hanya boleh dilakukan mulai November ini hingga April depan ketika keadaan laut tidak bergelora bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan pencarian.

Perjanjian asal misi pencarian baharu ditandatangani pada 25 Mac 2025, dengan Ocean Infinity memulakan pencariannya pada 25 Feb tahun sama. Pencarian dijalankan dalam dua fasa, tetapi gagal menemui pesawat itu.

Kehilangan MH370 kekal misteri terbesar dalam penerbangan. Pesawat yang membawa 239 anak kapal dan penumpang itu hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.