Punitha Silivarajoo berkata undang-undang itu mesti praktikal, boleh dikuatkuasakan dan benar-benar memudahkan akses kepada maklumat kerajaan.Punitha Silivarajoo berkata undang-undang itu mesti praktikal, boleh dikuatkuasakan dan benar-benar memudahkan akses kepada maklumat kerajaan.

RUU Kebebasan Maklumat mesti berkesan, bukan sekadar lulus, kata pegawai BHEUU

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
dewan rakyatRang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan kerajaan yang terbabit dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat mengingatkan supaya rang undang-undang itu tidak dilemahkan semata-mata bagi memastikan ia diluluskan.

Punitha SilivarajooPunitha Silivarajoo.

Timbalan Ketua Pengarah (dasar) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri Punitha Silivarajoo berkata ia mesti praktikal, boleh dikuatkuasakan dan mampu memperbaiki akses orang ramai kepada maklumat kerajaan.

Bercakap pada Forum Kebebasan Maklumat 2026 hari ini, Punitha berkata kerajaan sudah mengadakan libat urus secara meluas dengan pihak berkepentingan dan rang undang-undang itu dijangka dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan tidak lama lagi.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu diberi panduan dan latihan sewajarnya bagi memastikan undang-undang itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Undang-undang itu mesti sesuatu yang boleh dilaksanakan. Selain itu, penjawat awam juga perlu dibimbing. Perubahan cara fikir mereka sangat penting,” katanya.

Wathshlah NaiduWathshlah Naidu.

Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ), Wathshlah Naidu, berkata undang-undang itu mesti disokong dengan had pengecualian yang jelas dan perlindungan yang kukuh.

“Pengecualian mesti sangat terhad, tetapi yang paling penting, ia perlu ditakrifkan dengan jelas,” katanya.

Wathshlah berkata undang-undang itu juga memerlukan badan pemantau bebas bagi memastikan agensi awam mematuhi tanggungjawab mereka.

Beliau berkata undang-undang itu tidak boleh berfungsi secara bersendirian, sebaliknya perlu disokong pembaharuan undang-undang lain, termasuk Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Presiden Majlis Peguam Anand Raj dan Ahli Parlimen Selayang William Leong turut menegaskan undang-undang kebebasan maklumat di peringkat persekutuan penting bagi memperkukuh akauntabiliti dan reformasi institusi.

Mereka berkata akses kepada maklumat kerajaan adalah sebahagian daripada hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat, selain penting bagi menjamin ketelusan, menambah baik pembuatan dasar dan mengurangkan rasuah.

Leong mengenal pasti beberapa cabaran pelaksanaan undang-undang itu, termasuk percanggahan dengan undang-undang kerahsiaan sedia ada, penolakan dalam perkhidmatan awam, kelewatan mendedahkan maklumat dan kelemahan pengurusan rekod antara agensi.

Anand pula memberi amaran bahawa tanpa kerangka kebebasan maklumat yang jelas, rakyat Malaysia akan terus berdepan proses mahkamah yang panjang apabila agensi kerajaan enggan mendedahkan maklumat.

RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002735
$0.00002735$0.00002735
+4.15%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.