Roland Engan berkata Sabah dan Sarawak perlu benar-benar melindungi kawasan penyerap karbon masing-masing sebelum menuntut pampasan.Roland Engan berkata Sabah dan Sarawak perlu benar-benar melindungi kawasan penyerap karbon masing-masing sebelum menuntut pampasan.

Henti penebangan hutan jika mahu 70% hasil cukai karbon, kata pemimpin PKR

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
mangrove forestPremier Sarawak Abang Johari Openg berkata kawasan tanah gambut dan hutan paya bakau yang luas di negeri itu mampu menyimpan karbon beberapa kali ganda lebih banyak berbanding kebanyakan ekosistem hutan lain. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Roland Engan berkata kerajaan Sabah dan Sarawak mesti menghentikan segera semua aktiviti penebangan hutan jika mahu menuntut bahagian terbesar hasil cukai karbon persekutuan.

Roland berkata hasil cukai karbon tidak sepatutnya dianggap sebagai ganjaran semata-mata kerana kedudukan geografi kedua-dua negeri, sebaliknya perlu disertai komitmen jelas untuk memelihara alam sekitar pada masa depan.

“Jika Malaysia Timur mahu diberi pampasan kerana menjadi kawasan penyerap karbon utama negara, maka kawasan itu mesti dilindungi secara aktif.

“Kita tidak boleh menuntut 70% hasil cukai karbon tetapi pada masa sama membenarkan hutan yang menjadi punca nilai itu terus dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam yang Sabah dan Sarawak wajar menerima sekurang-kurangnya 70% daripada sebarang hasil cukai karbon yang dikutip kerana kedua-dua negeri menjadi kawasan penyerap karbon utama negara.

Abang Johari berkata, selain Pahang, negeri-negeri lain di Malaysia tidak mempunyai litupan hutan yang cukup besar untuk menyerap karbon dalam jumlah tinggi.

Katanya, kawasan tanah gambut dan hutan paya bakau yang luas di Sarawak juga mampu menyimpan karbon beberapa kali ganda lebih banyak berbanding kebanyakan ekosistem hutan lain.

Roland, yang juga ketua PKR Sarawak, mencadangkan supaya pengagihan hasil cukai karbon kepada Sabah dan Sarawak dikaitkan dengan KPI sifar penebangan hutan serta sistem pemantauan yang kukuh dan telus.

Katanya, insentif kewangan itu mesti digunakan secara langsung untuk melindungi dan memulihkan habitat semula jadi sedia ada, bukan bagi mengimbangi aktiviti pembalakan komersial atau penukaran guna tanah yang masih berterusan.

Beliau berkata kedua-dua negeri juga perlu membuktikan pengurusan hutan mereka selaras dengan piawaian antarabangsa sebelum layak menerima bahagian besar daripada hasil cukai persekutuan itu.

“Penjagaan alam sekitar yang sebenar menuntut insentif kewangan diselaraskan dengan usaha pemeliharaan ekologi secara menyeluruh,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002765
$0.00002765$0.00002765
+5.29%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.