Calon DUN Simpang Jeram Ainie Haziqah Shafii berkata pembangunan ekonomi Johor tidak harus tertumpu di selatan.Calon DUN Simpang Jeram Ainie Haziqah Shafii berkata pembangunan ekonomi Johor tidak harus tertumpu di selatan.

Calon Muda mahu berjuang untuk peluang kerja di Johor utara

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Ainie Haziqah ShafiiSetiausaha Agung Muda Ainie Haziqah berdepan pertandingan empat penjuru di DUN Simpang Jeram.

PETALING JAYA: Calon Muda DUN Simpang Jeram Ainie Haziqah Shafii mahu jurang peluang pekerjaan antara Johor utara dan selatan diberi perhatian.

Ini memandangkan ramai anak muda negeri itu masih melihat Johor Bahru atau Singapura sebagai pilihan utama untuk mendapatkan pendapatan lebih baik.

Ainie Haziqah, 36, berkata pembangunan ekonomi di Johor tidak seharusnya tertumpu di kawasan selatan semata-mata, sebaliknya perlu lebih seimbang di daerah meliputi Johor utara antaranya Muar, Tangkak, Segamat dan Batu Pahat.

Katanya, ketika ini kawasan selatan seperti Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi dilihat lebih banyak menerima limpahan pembangunan, peluang industri serta akses pekerjaan.

Beliau mengakui Johor mempunyai beberapa inisiatif pekerjaan, namun realitinya masih ramai anak muda dan penduduk terpaksa keluar bekerja ke Singapura atau berpindah ke Johor Bahru demi mencari pendapatan lebih baik.

“Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri perlu menilai sama ada dasar dan program pekerjaan sedia ada benar-benar memberi kesan kepada rakyat di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar tumpuan pembangunan utama.

“Kalau hari ini kita biasakan naratif bahawa…kalau mahu gaji tinggi perlu pergi Singapura, adakah itu yang kita mahu normalisasikan?

“Penting untuk kerajaan negeri memainkan peranan melihat peluang pekerjaan untuk anak muda, bukan sekadar mengumumkan inisiatif,” kata setiausaha agung Muda dalam temu bual FMT.

Dalam konteks DUN Simpang Jeram, Ainie Haziqah berkata isu pekerjaan antara perkara utama dibangkitkan penduduk selain perumahan, kos sara hidup dan peluang perniagaan setempat.

“Simpang Jeram dan kawasan sekitar Muar mempunyai potensi untuk dibangunkan, namun memerlukan wakil rakyat mampu mengangkat keperluan kawasan itu secara konsisten,” katanya berazam menjayakannya jika diberi mandat pada 11 Julai ini.

Ainie Haziqah berdepan pertandingan empat penjuru menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan penyandang Nazri Abdul Rahman manakala Barisan Nasional (BN) Azman Ismail dan Perikatan Nasional (PN) Arshed Yahya.

Pada PRN 2022, kerusi itu dimenangi Allahyarham Salahuddin Ayub dengan majoriti 2,399 undi, sebelum PH mempertahankannya melalui Nazri pada PRK 2023 dengan majoriti 3,514 undi.

Sebagai ibu kepada tiga anak, beliau berkata tekanan keluarga muda hari ini bukan sekadar membabitkan harga barang, tetapi juga kos taska, tadika, transit sekolah, tuisyen dan pengangkutan.

Katanya, isu itu semakin penting di Simpang Jeram yang mempunyai ramai pengundi muda dan wanita.

“Sebagai ibu muda, saya boleh memahami tekanan itu. Ramai keluarga muda tidak mempunyai sokongan yang cukup, dan suara mereka perlu dibawa,” katanya.

Menurutnya, manifesto Muda akan memberi tumpuan kepada isu benar-benar dibangkitkan penduduk khususnya pekerjaan, perumahan, kos sara hidup, wanita dan keluarga muda.

“Muda tidak mahu sekadar menawarkan janji 100 hari, sebaliknya melihat mandat wakil rakyat sebagai tanggungjawab lima tahun untuk membawa perubahan berterusan.

“Bagi saya, kerja sebagai Adun bukan diukur hanya dalam 100 hari tetapi sepanjang lima tahun, dengan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.