Ia selepas 140 laporan polis dibuat terhadap pemimpin DAP itu berhubung catatan Facebooknya yang menyentuh sistem raja berperlembagaan dan Rukun Negara.Ia selepas 140 laporan polis dibuat terhadap pemimpin DAP itu berhubung catatan Facebooknya yang menyentuh sistem raja berperlembagaan dan Rukun Negara.

Pua masih disiasat polis, kata menteri dalam negeri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
tony puaBekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua memberi keterangan kepada polis pada 21 Mei lalu untuk membantu siasatan mereka.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua masih disiasat polis berhubung catatan Facebooknya pada bulan lalu yang menyentuh sistem raja berperlembagaan dan Rukun Negara.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata kertas siasatan itu dirujuk ke Jabatan Peguam Negara 25 Mei lalu, sebelum dikembalikan kepada polis.

“Siasatan masih diteruskan pihak polis bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut sebelum keputusan muktamad (mengenai kes itu) diambil,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau berkata, 140 laporan polis dibuat terhadap Pua setakat 10 Jun lalu, dengan siasatan dijalankan atas kesalahan penggunaan kemudahan rangkaian tidak wajar dan membuat kenyataan didakwa membawa kepada kerosakan awam.

Saifuddin berkata demikian selepas Lim Lip Eng (PH-Kepong) meminta maklumat terkini berhubung kes itu.

Pua dalam catatannya berkata, kuasa raja terhad kepada aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berperlembagaan seperti pelantikan menteri besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu juga berkata, rakyat Malaysia tidak “hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan kita”.

Beliau memberi keterangan kepada polis pada 21 Mei lalu untuk membantu siasatan mereka.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002614
$0.00002614$0.00002614
+0.03%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.