Anwar Ibrahim berkata sebarang permohonan peruntukan tambahan atau pinjaman dari persekutuan untuk sesuatu projek perlu dirunding semula.Anwar Ibrahim berkata sebarang permohonan peruntukan tambahan atau pinjaman dari persekutuan untuk sesuatu projek perlu dirunding semula.

Jangan anggap Putrajaya perlu tanggung kos tambahan akibat keputusan negeri, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
anwar ibrahimPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan tidak boleh terperangkap dengan keputusan yang dibuat di peringkat negeri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan tidak boleh dianggap perlu menanggung secara automatik kos tambahan projek yang timbul akibat keputusan yang dibuat kerajaan negeri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, sebarang permohonan peruntukan atau pinjaman tambahan daripada kerajaan persekutuan menerusi ‘Notice of Change’ (NOC) perlu dirunding semula, khususnya apabila kos projek meningkat.

“Kerajaan persekutuan tidak boleh terperangkap dengan keputusan (yang dibuat di peringkat) negeri dan kemudian bila ada masalah, automatik harus mendapat dana sama ada peruntukan atau pinjaman (tambahan).

“Sebab itu saya katakan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mesti baik,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

“Sebab itu saya katakan hubungan itu (kerajaan persekutuan-negeri) harus baik,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Awang Hashim (PN-Pendang), yang membangkitkan isu kerja-kerja naik taraf Loji Rawatan Air Pelubang di Jitra, Kedah.

Ahli Parlimen PAS itu berkata projek berkenaan dibiayai menerusi pinjaman kerajaan persekutuan kepada kerajaan Kedah.

Menurutnya, projek itu kini memerlukan kelulusan NOC bagi tambahan kos sebanyak RM113 juta, manakala proses penyaluran pinjaman mengambil masa sehingga lima bulan, menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mendahulukan pembayaran RM40 juta bagi mengelakkan kelewatan pelaksanaan projek.

Beliau turut bertanya sama ada Putrajaya bersedia mempercepatkan proses kelulusan NOC dan penyaluran pinjaman, selain mewujudkan mekanisme pembiayaan yang lebih cekap supaya projek strategik seperti loji rawatan air dan projek tebatan banjir tidak mengalami kelewatan di peringkat persekutuan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002718
$0,00002718$0,00002718
+3,50%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.