Sebuah tren dikeluarkan daripada perkhidmatan dan semua penumpang dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan.Sebuah tren dikeluarkan daripada perkhidmatan dan semua penumpang dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan.

Dawai cair punca bunyi ‘letupan kecil’ di stesen LRT

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
train spark apiRapid KL berkata dawai itu dipercayai tersangkut dalam sistem bekalan kuasa, menyebabkan bunyi letupan kecil.

PETALING JAYA: Seutas dawai halus cair yang dipercayai tersangkut pada sistem bekalan kuasa kereta api punca letupan kecil di stesen LRT Taman Jaya semalam.

Rapid KL berkata, kejadian itu berlaku pada 7.18 malam, ketika sebuah tren menghala ke Putra Heights berada di stesen terbabit.

Sebagai langkah keselamatan, jelasnya, tren terbabit dikeluarkan daripada perkhidmatan dan semua penumpang dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Pemeriksaan awal pasukan teknikal mendapati tiada kerosakan pada tren mahupun komponennya. Pemeriksaan ke atas landasan antara stesen Universiti dan Taman Jaya mendapati infrastruktur dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.

“Pemeriksaan terperinci diteruskan selepas tamat waktu operasi. Hasil siasatan mendapati seutas dawai halus yang bukan sebahagian daripada komponen tren mahupun landasan telah cair di lokasi kejadian.

“Dawai itu dipercayai tersangkut pada sistem bekalan kuasa, menyebabkan bunyi letupan kecil,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa selepas kejadian itu.

Rapid KL berkata, siasatan lanjut akan dijalankan dan langkah pencegahan sewajarnya akan diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs