Mahkamah Tinggi tolak rayuan bank ke atas saman USD2.7 bilion atas dakwaan bantuan tidak jujur dan kegagalan cegah pengubahan wang haram untuk diteruskan ke peringkatMahkamah Tinggi tolak rayuan bank ke atas saman USD2.7 bilion atas dakwaan bantuan tidak jujur dan kegagalan cegah pengubahan wang haram untuk diteruskan ke peringkat

Mahkamah Singapura benar saman terhadap StanChart berkait dana 1MDB

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Standard CharteredStandard Chartered Bank (Singapore) Limited didakwa benar lebih 100 pemindahan antara bank terkait skandal 1MDB. (Gambar StanChart)

PETALING JAYA: Saman bernilai USD2.7 bilion terhadap Standard Chartered Bank (Singapore) Limited atas dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB akan diteruskan ke peringkat perbicaraan susulan Mahkamah Tinggi Singapura menolak rayuan bank itu.

Dalam kenyataan, penyelesai bebas 1MDB yang dilantik menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Singapura pada 30 Jun.

“Keputusan berkenaan mengesahkan semula bahawa tuntutan terhadap bank tersebut termasuk tuntutan atas bantuan tidak jujur serta pelanggaran kewajipan bank untuk melaksanakan kemahiran dan penelitian munasabah, sepatutnya diteruskan ke peringkat perbicaraan di mana keterangan dapat diperiksa sepenuhnya,” kata penyelesai itu.

Kenyataan itu juga menyebut, mereka kekal tegas dalam komitmen mendapatkan semula aset yang diselewengkan daripada syarikat, selain menuntut kebertanggungjawaban daripada pihak yang berkenaan kerana mempermudah penyelewengan sebagai sebahagian penipuan yang lebih besar melibatkan 1MDB.

Penolakan rayuan bank terbabit merupakan satu langkah positif ke hadapan bagi usaha pemulihan, yang akhirnya demi kepentingan rakyat Malaysia, tambah penyelesai itu.

Saman berkenaan difailkan pada Jun 2025 oleh tiga entiti British Virgin Islands yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana 1MDB yang dicuri – Alsen Chance Holdings Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited, dan Brightstone Jewellery Limited.

Penyelesai mendakwa Standard Chartered membenarkan lebih 100 pemindahan antara bank antara 2009 dan 2013 yang ‘membantu menyembunyikan aliran dana yang dicuri’ dan ‘memilih mengabaikan petanda amaran yang jelas’ berkait pemindahan dana.

Mereka juga mendakwa bank itu gagal mematuhi peraturan antiwang haram serta peraturan usaha wajar pelanggan ketika membenarkan transaksi berlaku.

Pihak menuntut diwakili Lok Vi Ming SC, Joseph Lee, Mohd Haireez, Tan Kah Wai, dan Koo Jin Rong.

Lim Chee Wee bertindak sebagai penasihat penyelaras global bagi usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB di Malaysia dan luar negara.

Market Opportunity
Lorenzo Protocol Logo
Lorenzo Protocol Price(BANK)
$0.03673
$0.03673$0.03673
+0.98%
USD
Lorenzo Protocol (BANK) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.