PKR yang akan bertanding di 16 kerusi kemuka tiga hingga lima nama bagi setiap kawasan.PKR yang akan bertanding di 16 kerusi kemuka tiga hingga lima nama bagi setiap kawasan.

PKR NS kemuka calon wanita, golongan muda bagi setiap kerusi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Aminuddin HarunPengerusi Aminuddin Harun kata PKR kemuka calon wanita dan golongan muda bagi 16 kerusi. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan menyerahkan senarai nama calon bagi 16 kerusi yang bakal ditandingi pada PRN ke-16 kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan.

Pengerusi Aminuddin Harun berkata pihaknya mengemukakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima nama merangkumi calon wanita, golongan muda dan calon lama bagi setiap kerusi.

Beliau yakin DAP dan Amanah negeri telah menyerahkan senarai nama calon parti masing-masing untuk dipertimbangkan kepimpinan pusat.

“Kita akan selaraskan dengan calon-calon daripada Pakatan Harapan yang lain iaitu DAP dan Amanah dan kita sedang mencari satu tarikh sesuai untuk kita umumkan (calon),” katanya kepada pemberita.

Pada 13 Jun lepas, Aminuddin berkata pembahagian 36 kerusi DUN Negeri Sembilan menyaksikan PKR bertanding 16 kerusi, DAP 11 kerusi dan Amanah sembilan kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 1 Ogos, manakala penamaan calon pada 18 Julai dan 28 Julai bagi pengundian awal.

Market Opportunity
SuiNS Logo
SuiNS Price(NS)
$0.0117
$0.0117$0.0117
+3.17%
USD
SuiNS (NS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.