Albert Tei berkata hasrat tanding di Negeri Sembilan didorong tidak puas hati terhadap kepimpinan PH dan DAP yang dilihat gagal kotakan janji kepada rakyat.Albert Tei berkata hasrat tanding di Negeri Sembilan didorong tidak puas hati terhadap kepimpinan PH dan DAP yang dilihat gagal kotakan janji kepada rakyat.

Albert Tei mahu lawan Loke di Chennah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Albert Tei sasar bertanding di DUN Chennah yang kini disandang Loke Siew Fook pada PRN Negeri Sembilan.

PETALING JAYA: Albert Tei tidak menolak kemungkinan menentang Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini.

Ahli perniagaan kontroversi itu berkata, masih mempertimbangkan perkara tersebut namun mengakui keputusannya hampir dimuktamadkan.

“Ada parti yang tawarkan saya bertanding dan saya masih dalam proses mempertimbangkannya, tetapi ia hampir pasti.

“Lagipun ramai kawan-kawan dan juga pengikut saya di media sosial yang berharap saya bertanding dalam pilihan raya kali ini. Mungkin saya akan umumkan keputusan itu minggu depan,” katanya menurut Sinar Harian.

Tei atau nama sebenarnya Tei Jiaan Cheing, 37, enggan berkongsi parti yang menawarkan peluang itu, namun menyasarkan bertanding di DUN Chennah kini disandang Loke.

Beliau berkata, hasrat bertanding di Negeri Sembilan didorong rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan(PH) dan DAP yang dilihat gagal mengotakan janji kepada rakyat.

“Saya belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik kerana perjuangan saya selama ini adalah atas kapasiti peribadi. Tapi mungkin PRN di Negeri Sembilan menjadi medan pertama saya menceburi politik,” katanya berasal dari Kuantan, Pahang.

Sebelum ini, media melaporkan Loke mengesahkan akan mempertahankan kerusi itu pada PRN Negeri Sembilan.

Loke mula bertanding di DUN itu PRU13 dan menang dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Loke sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.