Calon PN, Anuar Hayan optimis kerusi itu kekal bawah gabungan itu berdasarkan rekod perkhidmatan beliau sebelum ini.Calon PN, Anuar Hayan optimis kerusi itu kekal bawah gabungan itu berdasarkan rekod perkhidmatan beliau sebelum ini.

PN yakin pertahan DUN Maharani meski diasak 3 penjuru

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Anuar Hayan, Amir Jack, Taqiuddin Cheman, Ashari Md Sarip tile pic 3726PN yang mempertaruhkan Anuar Hayan bagi mempertahankan DUN Maharani dicabar Amir Jack daripada Muda, Taqiuddin Cheman (PH) dan Ashari Md Sarip (BN).

MUAR: DUN Maharani merupakan antara kerusi tumpuan dalam PRN Johor kali ini kerana kerana kedudukannya meliputi kawasan pembangunan bandar Muar dan kawasan pinggir bandar.

Dikategorikan sebagai kawasan campuran, sejarah kerusi itu juga unik kerana ia pernah dikuasai oleh beberapa parti politik termasuk daripada blok pembangkang dan kerajaan.

Pada PRN kali ini, DUN Maharani menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Perikatan Nasional (PN) yang menyandang kerusi tersebut dicabar Barisan Nasional (BN), Muda dan Pakatan Harapan.

Calon PN, Anuar Hayan berkata beliau optimis mampu mempertahankan DUN Maharani berdasarkan rekod perkhidmatan beliau di kawasan itu terutama di Muar.

“Muar bukan asing bagi saya kerana saya telah lama terlibat bersama masyarakat melalui pelbagai program pembinaan modal insan.

“Saya juga akan membawa pendekatan kempen politik matang, menawarkan kempen khidmat tanpa menyerang peribadi lawan,” katanya kepada FMT.

Katanya, beliau juga akan meneruskan legasi penyandang kerusi itu, Abdul Aziz Talib dengan memperkasakan agenda kebajikan yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Saya percaya pembangunan modal insan adalah asas kepada kemajuan sesebuah masyarakat.

“Apa sahaja program yang dirancang, sama ada melibatkan pendidikan, agama, belia atau kebajikan, saya akan berusaha memastikan ia berjaya dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk DUN Maharani,” katanya.

Sementara itu, calon Muda, Amir Jack, berkata DUN Maharani yang berada bawah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pengasas Muda memberi kelebihan kepada beliau.

Katanya, Syed Saddiq bukan sahaja dikenali di kawasan itu, malah turut mendapat perhatian di peringkat nasional.

“Aura Syed Saddiq beri kelebihan dan membantu Muda untuk menang di Maharani. Rekod khidmat Muda kepada rakyat di sini juga cukup baik dan itu dijadikan sandaran untuk menawan hati pengundi,” katanya.

Calon PH, Taqiuddin Cheman pula berkata sebagai calon parti yang menguasai Putrajaya, ia beri kelebihan kepada beliau untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan itu.

“Sebagai parti kerajaan ia sangat memberi kelebihan kepada kita, kerana DUN Maharani sebelum ini tidak ada wakil rakyat yang berada dalam kerajaan jadi banyak isu tak dapat diselesaikan.

“Pengundi di sini nak satu parti yang boleh bentuk kerajaan. Muda mereka hanya ada lima calon bertanding dalam PRN, macam mana nak bentuk kerajaan,” katanya.

Beliau juga berkata PH mempunyai harapan untuk merampas kerusi itu sekiranya peratusan keluar mengundi tinggi.

Sementara itu, calon BN, Ashari Md Sarip, bertekad untuk merampas semula kerusi berkenaan yang kali terakhir dimenangi gabungan itu pada PRU 2004.

Beliau juga berharap rekod baik BN pimpinan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar menerajui negeri itu dapat memberi kelebihan kepada parti itu untuk menang semula di Maharani.

“Saya juga tidak akan menjadikan perpecahan PAS-Bersatu sebagai kelebihan, sebaliknya akan mengamalkan kempen secara berhemah dan tidak menyerang peribadi lawan,” katanya.

Pada PRN lalu, Abdul Aziz menang DUN Maharani atas tiket PN dengan majoriti 1,037 undi, menewaskan lima pencabar lain daripada BN, PH, Pejuang, PBM dan Bebas.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.