Bekas pemimpin Umno itu sokong Mohamad Yazid Bakri kerana calon berkenaan anak tempatan dan tinggal di kawasan itu.Bekas pemimpin Umno itu sokong Mohamad Yazid Bakri kerana calon berkenaan anak tempatan dan tinggal di kawasan itu.

Puad sokong calon PH DUN Rengit

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mohd Puad ZarkashiPuad Zarkashi yang keluar Umno bulan lalu baru-baru ini gesa pengundi DUN Rengit menangguhkan sokongan kepada BN.

PETALING JAYA: Bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno Puad Zarkashi menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Yazid Bakri, bagi kerusi Rengit pada PRN Johor 11 Julai depan.

Puad dalam hantaran di Facebook berkata beliau kini tidak berparti dan memilih calon berdasarkan keperibadian individu berkenaan, bukan semata-mata parti yang diwakili.

Bekas Adun Rengit itu turut menyenaraikan beberapa alasan tindakan menyokong Yazid antaranya calon itu anak jati Rengit, bukan tinggal di bandar, menetap di kawasan berkenaan dan rumahnya terletak di Rengit.

“Dia juga pengerusi Surau Al-Wusto Rengit,” katanya.

Puad Zarkashi Puad Zarkashi menyenaraikan alasannya menyokong calon PH Mohamad Yazid Bakri di DUN Rengit.

Puad keluar Umno pada 25 Jun lalu sambil menegaskan dirinya tidak lagi mampu berdiam diri mengenai apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi dalam membuat keputusan di Umno Johor.

Barisan Nasional (BN) mencalonkan Mohd Zaidi Japar untuk mempertahankan kerusi itu dan ditentang Yazid serta Syed Mohamad Syed Alwi dari Perikatan Nasional (PN).

Puad baru-baru ini menggesa pengundi di DUN Rengit menangguhkan sokongan kepada BN sehingga kerajaan Johor menyelesaikan isu bekalan air dan benteng pecah di Kampung Berong Laut.

Menurutnya, kedua-dua masalah itu masih berlarutan walaupun sudah beberapa kali dibangkitkan kepada kerajaan negeri.

Beliau turut mendakwa usaha menyegerakan penyelesaiannya juga tidak diberi keutamaan oleh Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang juga pengerusi BN Johor.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.