Calon Kempas, Faezuddin Puad, berkata inisiatif persekutuan mesti diterjemahkan kepada latihan kemahiran dan pekerjaan bergaji lebih baik untuk penduduk tempatanCalon Kempas, Faezuddin Puad, berkata inisiatif persekutuan mesti diterjemahkan kepada latihan kemahiran dan pekerjaan bergaji lebih baik untuk penduduk tempatan

Manfaat JS-SEZ mesti sampai kepada penduduk Kempas, kata calon PH

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Singapore Johor causewayFaezuddin Puad berkata penduduk Kempas perlu mendapat manfaat daripada peluang yang diwujudkan melalui inisiatif seperti JS-SEZ, yang dijangka mewujudkan 24,000 pekerjaan bergaji baik. (Gambar EPA Images)

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Kempas Faezuddin Puad, berkata pengundi di kawasan itu mahu kerajaan negeri melaksanakan inisiatif ekonomi persekutuan, khususnya dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ketua Pemuda PKR Johor itu berkata, ramai penduduk Kempas datang daripada isi rumah B40 dan mereka mencari peluang pendapatan yang lebih praktikal untuk memperbaiki kehidupan.

Katanya, JS-SEZ yang dijangka mewujudkan ribuan pekerjaan mesti memberi manfaat nyata kepada penduduk biasa melalui latihan kemahiran.

“Jika dipilih, saya mahu memastikan masyarakat mendapat manfaat daripada peluang yang diwujudkan melalui inisiatif seperti JS-SEZ, yang dijangka mewujudkan 24,000 pekerjaan bergaji baik dan berkualiti,” katanya kepada FMT.

Faezuddin PuadFaezuddin Puad.

Faezuddin berkata, penduduk Kempas boleh dipersiapkan untuk merebut peluang pekerjaan itu melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), latihan semikonduktor, kursus berkaitan kecerdasan buatan (AI), serta program lain yang berteraskan teknologi.

Ditanya mengapa pengundi perlu memberi peluang kepada PH di Kempas, Faezuddin berkata gabungan itu sudah membuktikan keupayaannya mentadbir di peringkat persekutuan dan mampu membawa pengalaman sama ke pentadbiran negeri.

Beliau menyenaraikan prestasi ekonomi kerajaan persekutuan, usaha memerangi rasuah dan inisiatif kebajikan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan bantuan awal persekolahan sebagai antara pencapaian utama kerajaan.

Katanya, jika diberi peluang membentuk kerajaan Johor, PH akan memberi keutamaan kepada pengurusan kewangan berhemah dan pertumbuhan ekonomi yang adil untuk semua.

Kerusi Kempas menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Faezuddin, calon Barisan Nasional Ramlee Bohani, dan calon Bersama Salamahafifi Yusnaieny.

Ramlee mempertahankan kerusi itu untuk BN pada PRN Johor 2022 dengan majoriti 3,514 undi, menewaskan calon PH Napsiah Khamis.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002616
$0.00002616$0.00002616
-6.33%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs