Veteran Umno Sabah menggalakkan rakyat Sabah di Johor supaya terus menyokong dasar yang menggalakkan kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bersama.Veteran Umno Sabah menggalakkan rakyat Sabah di Johor supaya terus menyokong dasar yang menggalakkan kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bersama.

Salleh gesa rakyat Sabah di Johor sokong BN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak ketika menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin BN dan komuniti Sabah di Pasir Gudang, Johor, hari ini.

PETALING JAYA: Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak menggesa rakyat Sabah yang menetap dan bekerja di Johor menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor minggu depan kerana kestabilan berterusan negeri itu amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

Bercakap pada satu pertemuan bersama pemimpin BN tempatan dan komuniti Sabah di Pasir Gudang hari ini, Salleh berkata Johor telah lama menjadi antara pusat ekonomi utama Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada ribuan rakyat Sabah.

Beliau berkata kestabilan politik di Johor memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan, memperluas industri serta mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti yang telah memberi manfaat kepada ramai rakyat Sabah selama ini.

“Johor telah menyediakan mata pencarian dan peluang kepada ramai rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan. “Kerajaan yang stabil penting untuk memastikan negeri ini terus makmur, menarik pelaburan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat.”

Beliau berkata kestabilan politik yang berterusan akan membolehkan Johor mengekalkan momentum ekonomi, mengukuhkan keyakinan pelabur serta memastikan pembangunan berterusan yang memberi manfaat kepada semua komuniti termasuk rakyat Sabah yang menetap di negeri itu.

Salleh turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Sabah di Johor atas sumbangan mereka kepada ekonomi negeri itu serta menggalakkan mereka terus menyokong dasar yang mengutamakan kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bersama.

BN dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN)bertanding di 33 kerusi. PAS yang hanya bertanding di 11 kerusi menggesa penyokongnya supaya menyokong calon BN di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Pengundian berlangsung pada 11 Julai, dengan pengundian awal pada 7 Julai.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs