Namun Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata sokongan terbuka Puad Zarkashi kepada PH tidak boleh dianggap sebagai 'bonus strategik'.Namun Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata sokongan terbuka Puad Zarkashi kepada PH tidak boleh dianggap sebagai 'bonus strategik'.

Kempen Puad bantu PH boleh ganggu fokus Umno, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Puad Zarkashi lancar serangan terhadap Umno sejak keluar parti itu selain hadir ke kempen PH. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kempen bekas pemimpin Umno Puad Zarkashi menyokong calon Pakatan Harapan (PH) mungkin sedikit sebanyak mengganggu fokus jentera parti tetapi tidak boleh dianggap ‘bonus’ strategik buat lawannya, kata pengananalisis.

Mazlan AliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata kempen bekas orang kuat Umno itu boleh memberi tekanan kepada jentera Barisan Nasional (BN), khususnya jika ia menarik perhatian akar umbi di kawasan berkenaan.

“Mungkin ada sebahagian kecil ahli Umno di peringkat akar umbi yang menyokong beliau akan beralih arah kepada PH, dan pendedahan baharu daripadanya mungkin mengganggu fokus jentera kempen Umno ketika ini.

“Namun, ia tidak akan melarat sehingga menjejaskan peluang Umno secara keseluruhan,” katanya kepada FMT.

Sejak mengisytiharkan keluar Umno pada 25 Jun lalu, Puad menyerang bekas partinya itu antaranya dengan mendakwa ia tidak mempunyai autonomi untuk membuat keputusan.

Beliau turut mempersoalkan pemilihan calon BN pada PRN Johor 11 Julai depan termasuk keputusan untuk mencalonkan bekas Adun Bersatu Alwiyah Talib di kerusi DUN Endau.

Bekas Adun Rengit itu turut menyokong calon PH bagi kerusi berkenaan Mohamad Yazid Bakri. BN mencalonkan Mohd Zaidi Japar untuk mempertahankan kerusi itu.

Puad juga hadir ke kempen PH yang dihadiri Pengerusinya Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Zaharuddin Sani Ahmad SabriAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Sementara itu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata sokongan terbuka Puad kepada calon PH di Rengit tidak boleh dianggap sebagai ‘bonus strategik’ untuk gabungan itu menembusi kawasan kubu Umno.

Penganalisis dari dari Global Asia Consulting itu jangka kesan di peti undi dijangka ‘hampir sifar’ kerana pengundi hari ini tidak lagi bergantung kepada arahan atau isyarat tokoh politik tertentu sebelum membuat keputusan.

“Pengundi telah matang, undi adalah hak bebas yang tidak boleh dipandu oleh sekadar restu politik. Kita kini berada dalam zaman penilaian calon secara langsung.

“Langkah ini tidak akan melarat menjadi gelombang besar,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002012
$0.00002012$0.00002012
+6.28%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.