JSJN Bukit Aman berkata lelaki itu ada dua rekod jenayah libatkan kesalahan miliki dan masukkan dadah ke dalam badan.JSJN Bukit Aman berkata lelaki itu ada dua rekod jenayah libatkan kesalahan miliki dan masukkan dadah ke dalam badan.

Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah di Macau ada rekod jenayah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Hussein Omar KhanPengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang serta anggota sindiket lain di negara ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Macau kerana disyaki menyeludup hampir 3kg heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta bulan lepas, disahkan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat rasmi daripada polis Macau berhubung penahanan lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Sarawak itu, semalam.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah narkotik melibatkan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan),” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hussein, dadah berkenaan disorokkan di dalam tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut sebelum ditemukan dalam bagasi suspek sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang serta anggota sindiket lain di negara ini, di samping bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan dadah negara jiran susulan suspek dipercayai menggunakan laluan selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyeludup dadah.

“Suspek bukan berlepas dari Malaysia tetapi dari negara jiran di utara dan dadah terbabit dipercayai diperoleh dari negara jiran,” katanya.

Menurut Hussein, kerjasama siasatan antara JSJN dan polis Macau ketika ini tertumpu kepada pertukaran maklumat risikan serta usaha mengenal pasti dalang dan ahli sindiket lain yang terbabit.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara supaya sentiasa mengambil berat terhadap bagasi dibawa serta mengetahui sepenuhnya kandungan bagasi atau bungkusan bagi mengelakkan dieksploitasi sebagai keldai dadah.

Sebelum ini, polis Macau memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau pada 20 Jun selepas disyaki menyeludup 2.987kg heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta.

Pihak berkuasa turut menemukan 49 kotak biskut tuna yang dibungkus rapi, dengan setiap kotak mengandungi dua paket biskut dan satu tin pes tuna, namun pemeriksaan mendapati beberapa tin itu diisi serbuk putih yang kemudian disahkan sebagai heroin.

Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai direkrut sindiket pengedaran dadah di Malaysia dengan dijanjikan bayaran RM3,000 selepas tugasan selesai.

Suspek juga diarahkan mengambil dadah berkenaan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum menyeludupnya ke Macau untuk dihantar ke wilayah berhampiran mengikut arahan sindiket.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1645
$0.1645$0.1645
-4.24%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.