Sebaliknya, bekas menteri kewangan itu berkata perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin ada kepentingan dalam program tersebut.Sebaliknya, bekas menteri kewangan itu berkata perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin ada kepentingan dalam program tersebut.

Saya tak peroleh keuntungan dari Jana Wibawa, kata Tengku Zafrul

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam kes Jana Wibawa membabitkan Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak pernah memperoleh sebarang keuntungan peribadi daripada Program Jana Wibawa.

Tengku Zafrul berkata, sebaliknya secara tidak langsung Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri ketika itu mempunyai kepentingan kepada program berkenaan, lapor Berita Harian.

Beliau yang memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan berkata, ini kerana, Muhyiddin yang memberi saranan kepada Kementerian Kewangan untuk mengkaji program pembangunan Bumiputera itu.

“Saya mengesahkan saya tidak mendapat apa-apa sebarang keuntungan peribadi dan ganjaran dalam bentuk kewangan semasa menjawat jawatan menteri kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin berkait program itu,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, objektif program Jana Wibawa ialah untuk merangsang pembangunan kontraktor Bumiputera dan merancakkan sektor pembinaan negara ketika krisis pandemik Covid-19.

Penasihat kanan politik kepada perdana menteri itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-11 memberi keterangan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.

Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan perdana menteri dan presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002634
$0.00002634$0.00002634
+0.07%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs