Naib Presiden Kanan PDP Wong Soon Koh berkata Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian melampaui bidang kuasanya dengan mengumumkan calon bagi Bawang Assan.Naib Presiden Kanan PDP Wong Soon Koh berkata Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian melampaui bidang kuasanya dengan mengumumkan calon bagi Bawang Assan.

Wong bidas Sim ‘tak matang’ dalam pertikaian kerusi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Naib Presiden Kanan PDP Wong Soon Koh menggesa Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian tidak membuat kenyataan politik sepihak yang boleh menjejaskan perpaduan dalam GPS.

PETALING JAYA: Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP), Wong Soon Koh membidas tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Bawang Assan yang disandangnya.

Wong yang juga bekas pemimpin SUPP menyifatkan pengumuman Sim tidak perlu dan mengganggu kerana keputusan muktamad pengagihan kerusi dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) terletak sepenuhnya di tangan Pengerusinya, Abang Johari Openg.

Adun Bawang Assan selama tujuh penggal itu menuduh Sim melampaui bidang kuasanya dengan mengumumkan calon bagi kerusi berkenaan dan kurang rasa hormat terhadap mekanisme kepimpinan dalam GPS.

“Sebagai ahli utama dalam kepimpinan GPS dan timbalan premier, Sim sepatutnya lebih memahami semangat perundingan dan konsensus yang sentiasa menjadi panduan dalam GPS.

“Beliau patut menunjukkan teladan dengan memupuk perpaduan antara parti komponen, bukannya membuat kenyataan awam secara sepihak mengenai perkara belum diputuskan.

“Tindakan tidak matang itu hanya mencetuskan spekulasi, kekeliruan dan kebimbangan tidak perlu dalam kalangan ahli akar umbi serta rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Bekas menteri kewangan II Sarawak itu berkata, setiap parti komponen GPS perlu mengutamakan perpaduan pada masa ini sambil fokus usaha memajukan pembangunan Sarawak dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau menggesa Sim tidak membuat kenyataan politik sepihak yang boleh menjejaskan perpaduan dalam GPS.

“Sebaliknya, beliau perlu kembali kepada prinsip kepimpinan kolektif dalam GPS dan mengelakkan daripada membiarkan pertimbangan politik peribadi menjejaskan kestabilan gabungan.

“Saya dan pasukan saya akan terus berada di Bawang Assan, mendengar suara rakyat dan berkhidmat kepada kawasan itu dengan penuh dedikasi, seperti yang selalu kami lakukan.”

Semalam, Sim mengumumkan SUPP akan mencalonkan seorang ketua bahagian bagi kerusi Bawang Assan pada PRN Sarawak akan datang.

Beliau sebelum ini menggesa wajah baharu diketengahkan untuk kerusi Bawang Assan, dalam kenyataan yang ditujukan kepada Wong, bekas rakan partinya.

Wong yang juga bekas ahli SUPP menjadi Adun Bawang Assan sejak 1991, mewakili kawasan itu atas tiket beberapa parti.

Selepas dipecat SUPP pada 2014, beliau menerajui Parti Sarawak Bersatu, yang kemudiannya menyertai PDP secara en bloc pada 2024.

Market Opportunity
SOON Logo
SOON Price(SOON)
$0.1669
$0.1669$0.1669
-2.68%
USD
SOON (SOON) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs