Sesi persekolahan di Mumbai ditutup pada Selasa, selepas Jabatan Meteorologi India mengeluarkan 'amaran merah' berikutan ramalan hujan lebat di bandar itu.Sesi persekolahan di Mumbai ditutup pada Selasa, selepas Jabatan Meteorologi India mengeluarkan 'amaran merah' berikutan ramalan hujan lebat di bandar itu.

13 kematian berkaitan banjir di Mumbai

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Penduduk meredah jalan dinaiki air ketika hujan lebat di Vasai, pinggir bandar Mumbai, India pada Isnin. (Gambar EPA Images)

HYDERABAD: Pusat kewangan India, Mumbai dan wilayah sekitarnya terjejas teruk akibat impak kemusnahan susulan hujan monsun.

Sekurang-kurangnya 13 kematian berkaitan banjir dilaporkan, termasuk sebuah rumah runtuh di pinggir bandar Mankhurd, Mumbai yang meragut enam nyawa pada petang Ahad lalu, lapor media tempatan.

Laluan darat antara Mumbai dan Pune, bandar utama di negeri Maharashtra, lumpuh pada Isnin selepas sebahagian laluan sepanjang 13.3km yang dikenali “Missing Link” – dibina dengan kos kira-kira USD730 juta dan baru dirasmikan Mei lalu – di Lebuhraya Mumbai-Pune mengalami kerosakan akibat tanah runtuh.

Beberapa video menunjukkan sebahagian lebuh raya itu ditenggelami air, manakala barisan panjang kenderaan mula terbentuk ekoran kesesakan lalu lintas yang terhenti sepenuhnya.

Anggota agensi pengurusan bencana menyelamatkan 20 orang, termasuk warga asing dari sebuah pusat pendidikan di Lonavala. Terdapat juga laporan ratusan penduduk diselamatkan dari pelbagai kawasan dilanda banjir di Maharashtra.

Jalan raya dan landasan kereta api yang ditenggelami air turut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan di beberapa bahagian di negeri itu.

Sesi persekolahan di Mumbai ditutup pada Selasa, selepas Jabatan Meteorologi India mengeluarkan “amaran merah” berikutan ramalan hujan lebat di bandar itu, selain di kawasan Thane, Raigad, Pune dan Ghats di Nashik, lapor media tempatan.

Penerbangan udara di Mumbai masih terjejas akibat cuaca buruk, dengan berpuluh-puluh jadual penerbangan terganggu sejak hujung minggu lalu.

“Akibat hujan lebat, penerbangan dari dan ke Mumbai serta Pune terjejas. Kami menyarankan penumpang menyemak status penerbangan di laman sesawang atau aplikasi sebelum ke lapangan terbang.

“Selain itu, sila peruntuk masa tambahan untuk perjalanan anda kerana aliran trafik perlahan boleh menjejaskan perjalanan ke lapangan terbang,” menurut syarikat penerbangan IndiGo dalam notis makluman pada Isnin.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs