Syarikat Australia itu berkata kilang magnet kekal itu dijangka wujudkan hingga 400 pekerjaan di Malaysia.Syarikat Australia itu berkata kilang magnet kekal itu dijangka wujudkan hingga 400 pekerjaan di Malaysia.

Lynas, JS Link meterai perjanjian jangka panjang kilang magnet di Kuantan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
lynasLynas Rare Earths akan bekalkan bahan nadir bumi kepada kilang magnet JS Link di Yesan serta kilang yang dirancang di Kuantan pada harga komersial menerusi perjanjian pembekalan eksklusif sehingga Januari 2028. (Gambar EPA Images)

PETALING JAYA: Lynas Rare Earths Ltd memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat bioteknologi dari Korea Selatan, JS Link Inc, bagi membangunkan sebuah kilang magnet kekal nadir bumi di Kuantan.

Lynas berkata syarikat itu akan membekalkan bahan nadir bumi kepada kilang magnet JS Link di Yesan serta kilang yang dirancang di Kuantan pada harga komersial menerusi perjanjian pembekalan eksklusif sehingga Januari 2028.

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa JS Link telah memperoleh tapak bagi pembinaan kilang magnet kekal nadir bumi berhampiran loji bahan termaju Lynas Malaysia di Kuantan.

“Kilang magnet di Kuantan dijangka mewujudkan sehingga 400 peluang pekerjaan baharu di Malaysia,” menurut Lynas dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, magnet yang dihasilkan di kilang berkenaan disasarkan untuk memenuhi keperluan rantaian bekalan industri automotif, tenaga angin dan pembuatan elektronik di pasaran utama termasuk Korea Selatan dan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Lynas Rare Earths, Pol Le Roux, berkata projek itu merupakan satu langkah yang mengujakan ke arah pembangunan industri nadir bumi yang mampan di Malaysia.

“Ia juga menyokong sasaran pertumbuhan Towards 2030 kami untuk memperluaskan rantaian bekalan logam dan magnet di luar China,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JS Link, Jun Y Lee, berkata kerjasama dengan Lynas akan membantu syarikatnya mewujudkan rantaian nilai magnet kekal yang stabil dan optimum.

“Melalui kerjasama dengan Lynas ini, JS Link berbesar hati dapat menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia, Australia dan Korea Selatan,” katanya.

Lynas berkata kilang magnet di Kuantan itu akan mempunyai kapasiti operasi sebanyak 3,000 tan setahun bagi menghasilkan magnet kekal tersinter neodimium-besi-boron (NdFeB).

Menurut syarikat itu, di bawah perjanjian dengan JS Link, Lynas akan membuat pelaburan kira-kira USD50 juta dalam ekuiti biasa syarikat Korea Selatan tersebut. Dana berkenaan akan digunakan untuk menyokong pembinaan kilang di Kuantan.

Pada April lalu, Lynas mengumumkan rancangan untuk memperluaskan portfolio pengeluaran nadir bumi yang diproses di Malaysia, sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal alternatif utama kepada China dalam industri nadir bumi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs