A Kumaran, S Kisshen dan P Surendran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membakar tiga kenderaan milik M Sri Uma Maheswary di Taman Kinrara, Puchong.A Kumaran, S Kisshen dan P Surendran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membakar tiga kenderaan milik M Sri Uma Maheswary di Taman Kinrara, Puchong.

3 lelaki didakwa bakar kereta isteri Cikgu Chandra

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Noor Ruzilawati Nor membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

PETALING JAYA: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis S Chandrasegaran, yang juga dikenali sebagai Cikgu Chandra.

Pemandu trak tunda, A Kumaran; pengawal keselamatan, S Kisshen; dan pemandu lori, P Surendran; didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dengan membakar tiga kenderaan milik M Sri Uma Maheswary.

Kejadian di Taman Kinrara, Puchong, pada 10 Mac itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM80,000.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Hakim Noor Ruzilawati Nor membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut memerintahkan mereka menyerahkan pasport sehingga kes selesai, selain tidak mengganggu saksi.

Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 7 Ogos.

Timbalan pendakwa raya Nurfazlin Mahmad Zulhasnan mengendalikan pendakwaan, manakala S Dinesh mewakili ketiga-tiga lelaki itu.

Market Opportunity
UMA Logo
UMA Price(UMA)
$0.3831
$0.3831$0.3831
-1.97%
USD
UMA (UMA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs