Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata perkembangan siasatannya akan dikeluarkan oleh pejabat ketua setiausaha negaraMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata perkembangan siasatannya akan dikeluarkan oleh pejabat ketua setiausaha negara

Rekod pemilikan saham Azam Baki bukan dokumen awam, kata Azalina

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
azalina othman saidAzalina Othman Said berkata panel ditugaskan menyiasat pegangan saham bekas ketua SPRM itu telah selesaikan siasatan secara bebas, telus dan profesional sebelum membentangkan hasil dapatan kepada Kabinet. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata rekod pemilikan saham bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bukan dokumen awam dan tidak boleh didedahkan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang meminta perdana menteri menyenaraikan urus niaga pembelian saham Azam dari 2012 hingga 2026 serta tempoh ketika jumlah nilai pegangan sahamnya melebihi RM100,000.

“Maklumat yang diminta merupakan sebahagian daripada dokumen siasatan, maklumat peribadi dan pengisytiharan aset yang dilindungi di bawah undang-undang berkaitan dan oleh itu bukan dokumen awam,” kata Azalina dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Azam sebelum ini didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024 yang mengehadkan pegawai awam daripada memiliki lebih 5% modal berbayar atau nilai RM100,000, mana-mana yang lebih rendah, dalam syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

Azalina berkata, isu berkaitan pemilikan dan pengisytiharan aset, termasuk pegangan saham bekas ketua SPRM itu, telah diteliti secara menyeluruh oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada Februari lalu.

“Jawatankuasa itu menyelesaikan siasatan secara bebas, telus dan profesional, dan hasil dapatan mereka telah dibentangkan kepada Kabinet,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa ‘tindakan sewajarnya telah diambil berdasarkan dapatan jawatankuasa berkenaan’.

“Sehubungan itu, sekiranya terdapat perkembangan atau keputusan rasmi mengenai perkara ini yang wajar diketahui umum, pengumuman akan dibuat oleh pejabat ketua setiausaha negara,” katanya.

Azam menamatkan tempoh enam tahun sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada Mei lalu. Beliau digantikan oleh Abdul Halim Aman, bekas hakim Mahkamah Tinggi.

Kepimpinan Azam dalam agensi antirasuah itu sebelum ini dibayangi persoalan mengenai pemilikan sahamnya dalam syarikat tersenarai serta dakwaan bahawa pegawai SPRM bekerjasama dengan ahli perniagaan untuk memaksa pengambilalihan korporat.

Azam dan SPRM menafikan semua dakwaan tersebut.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin meminta kerajaan menjelaskan mengapa Azam dilantik sebagai penasihat kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), memandangkan beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

Ketua Pengarah NFCC Shamshun Baharin Jamil berkata Azam dilantik sebagai anggota lembaga penasihat pusat itu atas kapasiti peribadi dan hanya boleh dilucutkan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002569
$0.00002569$0.00002569
-3.56%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs