Timbalan Menteri Lim Hui Ying kata kenyataannya menjawab soalan berkenaan perkhidmatan pengguguran tanpa kebenaran.Timbalan Menteri Lim Hui Ying kata kenyataannya menjawab soalan berkenaan perkhidmatan pengguguran tanpa kebenaran.

Timbalan menteri perjelas undang-undang berkait pengguguran kandungan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
lim hui yingTimbalan Menteri Lim Hui Ying kata undang-undang membenarkan penamatan kehamilan oleh pengamal perubatan berdaftar jika penerusan kehamilan melibatkan risiko kepada nyawa atau kecederaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying, menjelaskan bahawa undang-undang memperuntukkan pengecualian yang jelas berhubung pengguguran kandungan, yang pada asasnya merupakan suatu kesalahan jenayah.

Lim menerangkan pengguguran kandungan pada asasnya merupakan suatu kesalahan jenayah bawah Kanun Keseksaan (KK), khususnya Seksyen 312 KK hingga Seksyen 316 KK, manakala pengecualian diperuntukkan bawah Seksyen 312 KK.

Jelasnya, pengecualian tersebut membenarkan penamatan kehamilan dilakukan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar jika pengamal perubatan tersebut berpendapat, dengan suci hati, bahawa penerusan kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada nyawa perempuan hamil itu, atau kecederaan kepada fizikal atau mentalnya.

“Dalam keadaan sedemikian, penamatan kehamilan adalah dibenarkan di sisi undang-undang,” menurut kenyataan.

Lim mengulas kenyataan beberapa pihak berhubung jawapan beliau kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, di Dewan Rakyat pada 6 Julai.

Beliau menerangkan kenyataan itu menjawab soalan berkenaan jumlah klinik yang dikesan melakukan perkhidmatan pengguguran secara haram tanpa kebenaran.

Timbalan menteri berkata mungkin timbul kekeliruan atau salah anggap terhadap maklum balas itu kerana beliau tidak menyatakan secara jelas mengenai pengecualian bawah Seksyen 312 KK.

“Saya ingin menegaskan bahawa penjelasan yang diberikan tidak bertujuan untuk mengetepikan pengecualian yang diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada berhubung pengguguran kandungan,” katanya.

Katanya, salah tafsiran terhadap maklum balas itu mungkin timbul apabila ia dilihat dari sudut yang berbeza, serta mungkin tajuk pelaporan yang tidak menggambarkan keadaan keseluruhan.

“Saya dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa menghormati dan mengiktiraf kerangka perundangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Pada Selasa, dua NGO menggesa Lim menjelaskan kenyataannya mengenai undang-undang pengguguran.

Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) berkata kenyataan beliau boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam serta penyedia penjagaan kesihatan, dan boleh menghalang wanita daripada mendapatkan rawatan perubatan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001425
$0.00001425$0.00001425
-44.09%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs