Nicolas Forissier berkata usaha sama Carester-Malaco di Perak mampu memperkukuh hubungan strategik melangkaui perdagangan.Nicolas Forissier berkata usaha sama Carester-Malaco di Perak mampu memperkukuh hubungan strategik melangkaui perdagangan.

Projek nadir bumi Perancis-Malaysia boleh penuhi 20% permintaan global

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
French Minister Perancis Nicolas ForissieMenteri Perdagangan Luar Negeri dan Daya Tarikan Ekonomi Nicolas Forissier bercakap kepada pemberita di Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur semalam. (Gambar EPA Images)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Daya Tarikan Ekonomi Perancis, Nicolas Forissier berkata kerjasama nadir bumi antara syarikat Carester dari negara itu dan syarikat perlombongan tempatan Malaco Mining Sdn Bhd berpotensi memenuhi 15% hingga 20% keperluan global.

Menurutnya, pengeluaran akan dibahagikan antara loji pengasingan nadir bumi yang bakal dibina di Perak dan kemudahan Carester di barat daya Perancis.

“Kita akan mempunyai 15% hingga 20% bekalan nadir bumi yang diperlukan di pasaran dunia,” katanya dalam sidang media sambil menambah kerjasama itu juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia.

Isnin lalu, Carester mengumumkan rancangan membina loji pengasingan nadir bumi di Perak menerusi usaha sama selama 10 tahun dengan Malaco, yang akan merangkumi pemindahan teknologi mengenai nadir bumi daripada syarikat Perancis itu kepada rakan kongsinya di Malaysia.

Forissier berkata, Jepun membiayai separuh daripada kemudahan Carester di Perancis dan dijangka turut mengambil bahagian dalam usaha sama Carestar-Malaco, menjadikannya perkongsian tiga hala.

Jelasnya, nadir bumi serta mineral kritikal sebahagian daripada hubungan strategik lebih luas antara Perancis dan Malaysia, merangkumi bidang tenaga, pertahanan, rantaian bekalan, kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum, semikonduktor dan aeroangkasa.

“Apa yang kami sedang lakukan ialah membina perkongsian kedaulatan, bukan sahaja perkongsian perdagangan.”

Perancis terbuka kepada rundingan peluru berpandu

Ditanya mengenai penyertaan Perancis selepas Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal (NSM) untuk Malaysia, Forissier enggan mengulas berhubung keputusan Norway, tetapi berkata Paris terbuka untuk rundingan jika Malaysia mahu mencari pilihan alternatif.

“Saya tidak mahu membuat sebarang komen mengenai penarikan diri Norway (daripada perjanjian peluru berpandu),” katanya sambil menambah Perancis bersedia menjawab sebarang pertanyaan jika Malaysia mahu berunding.

Jelasnya, terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk membuat keputusan, tetapi Perancis menjalin kerjasama pertahanan dengan Malaysia sekian lama dan memiliki keupayaan kukuh dalam sektor itu.

Beliau berkata, Perancis menyumbang lebih 10% daripada eksport pertahanan global dan memiliki teknologi andal.

Pengeluar di Perancis dipercayai antara firma yang dipertimbangkan Kementerian Pertahanan sebagai pengganti berpotensi untuk NSM kapal tempur pesisir Malaysia.

Forissier dalam lawatan rasmi sulung dua hari ke Malaysia, yang berakhir hari ini, sebagai sebahagian daripada komitmen Perancis untuk memperkukuhkan lagi perkongsian ekonominya dengan Malaysia.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.