Calon PH DUN Machap Nur Hafiz Roslan yakin gabungan itu mampu beri tawaran lebih baik kepada penduduk berbanding pentadbiran sedia ada.Calon PH DUN Machap Nur Hafiz Roslan yakin gabungan itu mampu beri tawaran lebih baik kepada penduduk berbanding pentadbiran sedia ada.

Yakin lebih baik, calon PH tak gentar berdepan Onn Hafiz

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Nur Hafiz Roslan tidak gentar bertanding di Machap kerana yakin Pakatan Harapan boleh beri tawaran lebih baik kepada penduduk.

SIMPANG RENGGAM: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Machap Nur Hafiz Roslan tidak gentar berdepan Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi itu pada PRN Johor kali ini.

Nur Hafiz berkata, pertembungan itu secara rasmi menyaksikan saingan antara dua gabungan politik besar bagi merebut sokongan pengundi di Machap.

“Saya cukup yakin dan percaya, kita tidak gentar bertanding di Machap kerana kita mengetahui PH boleh menawarkan lebih baik kepada penduduk di sini.

“Setelah kita meneliti kekurangan yang perlu ditambah baik, saya percaya penambahbaikan boleh dilakukan khusus di Machap,” katanya kepada FMT.

Beliau yang juga exco Pemuda Amanah berkata akan memperincikan manifestonya di Machap.

“Kita akan bentang satu demi satu manifesto kepada rakyat dan apa akan ditawarkan PH secara keseluruhan serta tawaran khusus untuk penduduk Machap.

“Saya akan melaksanakan usaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Nur Hafiz turut merayu sokongan rakyat Johor khususnya pengundi Machap untuk memberi peluang kepadanya berbakti dan berkhidmat di kawasan itu.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan pertembungan dua penjuru di DUN Machap yang menyaksikan Nur Hafiz akan berdepan Onn Hafiz yang juga pengerusi BN Johor.

Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon PN Azlisham Azahar, R Sangaran (Muda) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang).

Piyasa Fırsatı
Cardano Logosu
Cardano Fiyatı(ADA)
$0.169
$0.169$0.169
-4.68%
USD
Cardano (ADA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs