Ketua penerangan Bersatu dakwa, sokongan terhadap calon BN serupa sokongan terhadap kerajaan perpaduan sedia ada.Ketua penerangan Bersatu dakwa, sokongan terhadap calon BN serupa sokongan terhadap kerajaan perpaduan sedia ada.

Sokong calon PN, bukan BN, pada PRN Johor, Tun Faisal gesa komponen

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Tun Faisal Ismail AzizKetua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz tegaskan kemenangan semua calon guna logo PN, tidak kira dari parti mana, ialah kemenangan gabungan itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tun Faisal Ismail Aziz menggesa semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) memberi sokongan penuh kepada calon gabungan itu, bukan Barisan Nasional (BN), pada PRN Johor.

Ketua Penerangan Bersatu itu mendakwa, sokongan terhadap calon BN serupa sokongan terhadap kerajaan perpaduan sedia ada.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan (Pengerusi) BN Zahid Hamidi menegaskan bahawa jika BN diberi mandat (di Johor), pendirian mereka akan selari dengan pendirian kerajaan (pusat) PH-BN … menjelaskan bahawa undi BN, sama seperti undi Anwar, DAP dan PH.

“Ini mengukuhkan lagi justifikasi dan sebab kenapa parti-parti anggota PN perlu memberikan sokongan penuh kepada semua calon PN dan bukan BN,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Umno-BN, bukan PH, di kerusi yang tidak ditandingi PN pada PRN Johor.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada calon BN di kawasan yang tidak mempunyai calon PN.

Tun Faisal hari ini menegaskan komitmen dan kesetiaan Bersatu terhadap PN, justeru akan menyokong semua calon yang bertanding menggunakan logo gabungan itu.

“PN bertanding sebagai satu entiti. Kemenangan semua calon yang menggunakan logo PN, termasuk dari Pejuang adalah kemenangan PN.

“Sebagai pemimpin parti anggota dalam PN, ‘brand loyalty’ ini perlu jelas agar kemenangan PN dapat dimaksimumkan,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, PAS bertanding di 11 kerusi DUN, Bersatu (16), MIPP (5) dan Pejuang (1), manakala BN serta PH masing-masing meletakkan calon di kesemu 56 kerusi.

Piyasa Fırsatı
Cardano Logosu
Cardano Fiyatı(ADA)
$0.1532
$0.1532$0.1532
-1.35%
USD
Cardano (ADA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.