Mazlan Ali berkata kegagalan BN tunjuk pendirian jelas terhadap PAS hanya akan menguatkan persepsi wujud jajaran baharu selepas PRN Johor.Mazlan Ali berkata kegagalan BN tunjuk pendirian jelas terhadap PAS hanya akan menguatkan persepsi wujud jajaran baharu selepas PRN Johor.

BN perlu kritik PAS jika mahu nafi kerjasama, kata penganalisis

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Kelmarin bekas Adun Mengkibol Chew Chong Sin daripada DAP dakwa wujud ‘persefahaman tidak rasmi’ antara BN dan PN terutama PAS bagi membentuk kerajaan negeri seterusnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan pendirian lebih tegas terhadap PAS jika mahu menangkis dakwaan ada ‘persefahaman tidak rasmi’ kerjasama Perikatan Nasional (PN) selepas PRN Johor, kata penganalisis.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, penafian semata-mata mungkin tidak cukup jika kempen BN terus dilihat lebih banyak menyerang Pakatan Harapan (PH) dan parti lain berbanding PAS.

“BN perlu menyatakan dengan jelas PAS bukan gabungan yang akan memberi kebaikan kepadanya.

“BN mesti tunjuk kepada umum bahawa mereka sebenarnya tidak pernah bersetuju dengan PAS,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, bekas Adun Mengkibol Chew Chong Sin daripada DAP mendakwa wujud ‘persefahaman tidak rasmi’ antara BN dan PN terutama PAS bagi membentuk kerajaan negeri seterusnya.

Beliau membuat dakwaan itu berdasarkan keputusan PN meletakkan 33 calon pada PRN Johor 11 Julai depan dengan PAS bertanding 11 kerusi manakala Bersatu 16, MIPP (5) dan Pejuang (1).

Bagi membentuk kerajaan Johor, mana-mana parti atau gabungan memerlukan majoriti mudah sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi DUN.

Sebelum penamaan calon, Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi menegaskan yang parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan jika diberi mandat oleh pengundi.

Berita Harian pula melaporkan, Presiden PAS Hadi Awang berkata parti itu akan menjadi pembangkang dan penasihat kerajaan selepas PRN Johor, sambil menekankan paling utama parti pemerintah diterajui orang Islam, bukannya dikuasai puak bukan Islam serta liberal.

Namun, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tetap yakin PN mempunyai peluang membentuk kerajaan walaupun hanya bertanding 33 kerusi dan sasaran rakannnya PAS mahu menjadi pembangkang.

Bagaimanapun, Mazlan melihat tindakan PAS tidak bertanding banyak kerusi mungkin lebih kepada strategi atau ‘pelaburan politik’ parti itu.

“Jika tindakan mereka membantu Umno menang kerana tidak berlaku perpecahan undi Melayu, ia boleh membuka ruang untuk rundingan masa depan,” katanya.

Tawfiq YaakubTawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, kerjasama BN dan PAS tidak mustahil berlaku kerana politik Umno-BN hari ini lebih pragmatik.

Katanya, BN pernah melalui pengalaman menjadi pembangkang dan menyedari kepentingan berada dalam kerajaan untuk mengekalkan pengaruh politik, jentera dan sokongan akar umbi.

Menurutnya, kerjasama itu mungkin keinginan akar umbi walaupun perbezaan pandangan oleh segelintir pemimpin menyebabkan permuafakatan dengan PAS terkubur menjelang PRU15.

“Tak mustahil PAS boleh memberi sokongan lebih-lebih lagi Bersatu bukan halangan…hubungan mereka telah putus.

“Saya berpandangan jika PAS dan Umno/ BN pun pernah berkerjasama dengan DAP, jadi apa salahnya mereka kembali membentuk jajaran politik baharu yang lebih dinamik tanpa Bersatu,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002738
$0.00002738$0.00002738
+4.26%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.