Ketetapan itu dibuat selepas mesyuarat khas PAS, sehari selepas parti berkenaan meminta penyokongnya mengundi calon BN di kerusi tidak ditandingi PN.Ketetapan itu dibuat selepas mesyuarat khas PAS, sehari selepas parti berkenaan meminta penyokongnya mengundi calon BN di kerusi tidak ditandingi PN.

PAS gerak kempen ‘Jom Jaga Johor’, pertahan kuasa politik Melayu Islam

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Presiden Pas Abdul Hadi AwangHadi Awang umum empat ketetapan PAS berkait PRN Johor selepas mesyuarat khas parti itu, hari ini.

KUALA LUMPUR: PAS menggerakkan kempen ‘Jom Jaga Johor’ sempena PRN selain usaha mempertahankan ‘kuasa politik Melayu Islam’ di negeri itu.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS Hadi Awang dalam kenyataan selepas mesyuarat khas parti itu di Pejabat Agungnya.

Hadi berkata empat ketetapan berkait PRN Johor telah diputuskan dalam mesyuarat berkenaan iaitu mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor dan menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi ditandingi.

“Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’.

“Menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan dengan Barisan Nasional (BN)-dan PH,” katanya.

Mesyuarat khas itu menyusul kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang meminta supaya ahli dan penyokong parti mengundi calon Umno-BN di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai depan.

Beliau berkata arahan itu bertujuan memastikan sokongan diberikan kepada calon BN di kawasan yang tidak mempunyai calon PN, sambil menegaskan ahli PAS tidak mengundi PH.

Kenyataan itu mencetuskan reaksi daripada Bersatu, apabila Ketua Penerangannya Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan parti itu kekal komited kepada PN dan menggesa semua parti komponen memberi sokongan penuh kepada calon yang bertanding menggunakan logo gabungan itu.

Tun Faisal turut mendakwa pendirian Presiden Umno Zahid Hamidi bahawa kerajaan BN akan selari dengan kerajaan Persekutuan jika diberi mandat mengukuhkan alasan parti komponen PN hanya perlu menyokong calon gabungan itu, bukan BN.

Walaupun PAS sebelum ini memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, kedua-dua parti masih berada dalam gabungan PN bersama Gerakan, MIPP dan Pejuang.

Pada PRN Johor, PN bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, dengan Bersatu bertanding di 16 kerusi, PAS (11), MIPP (5) dan Pejuang (1).

Piyasa Fırsatı
Particle Network Logosu
Particle Network Fiyatı(PARTI)
$0.03257
$0.03257$0.03257
-5.20%
USD
Particle Network (PARTI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.