Ketua BN Johor berkata parti itu mahu menerajui negeri sendiri jika diberi mandat pada PRN 11 Julai.Ketua BN Johor berkata parti itu mahu menerajui negeri sendiri jika diberi mandat pada PRN 11 Julai.

BN Johor takkan bentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan, tegas Onn Hafiz

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Onn Hafiz GhaziOnn Hafiz Ghazi dakwa BN diserang dan dituduh perkauman selepas umum keputusan tanding solo PRN Johor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi menegaskan parti itu tidak akan membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan jika diberi mandat pada PRN 11 Julai ini.

Pendirian itu diulanginya ketika wujud spekulasi BN akan bekerjasama dengan PAS dan kemungkinan Parti Wawasan Negara (Wawasan) seperti dilaporkan Sinar Harian yang memetik kenyataan Pengarah Komunikasi Umno Lokman Noor Adam.

Onn Hafiz berkata, sejak mengumumkan keputusan bertanding solo di 56 kerusi, BN berdepan pelbagai serangan, tekanan dan tuduhan termasuk melabelnya bersikap perkauman.

“Disebabkan keengganan kerjasama dengan mana-mana parti seperti DAP, kita dituduh sombong, angkuh dan malah rasis hanya kerana perbezaan politik.

“Sekiranya diizinkan dan rakyat terus beri kepercayaan untuk menerajui negeri, BN Johor tidak akan membentuk gabungan dengan mana-mana parti politik,” katanya.

Onn Hafiz sebelum ini dipetik berkata, keputusan bertanding solo dibuat bagi memastikan mandat kerajaan negeri terus dipertahankan secara sendiri selain mengambil kira suara akar umbi dan sentimen rakyat.

Menurutnya, pentadbiran Johor ketika ini adalah kerajaan 100% BN dan bukan kerajaan gabungan seperti di beberapa negeri lain.

Penamaan calon bagi PRN Johor dijadualkan Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Julai.

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu walaupun tempoh penggal pentadbiran BN masih berbaki sehingga tahun depan.

Pada PRN 2022, BN menang 40 kerusi manakala 12 dimenangi Pakatan Harapan, Perikatan Nasional (3) dan Muda (1).

Piyasa Fırsatı
Decentraland Logosu
Decentraland Fiyatı(MANA)
$0.06368
$0.06368$0.06368
-0.04%
USD
Decentraland (MANA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.