Pejabat Akhbar Gavin Newsom telah mengeluarkan kenyataan sinis berhubung komen Donald Trump terhadap Anugerah Grammy.
Presiden itu menzahirkan rasa tidak senangnya terhadap acara anugerah muzik tahun ini melalui satu kiriman panjang di Truth Social awal hari ini. Pejabat akhbar Gabenor California, Newsom,
Kenyataan yang ditulis dalam huruf besar dan disiarkan di akaun X Pejabat Akhbar Gobenor Newsom berbunyi: "Saya tidak percaya bahawa artis-artis berbakat seperti Kid Rock dan Nicki Minaj sekali lagi terpinggir dan akan pulang dengan tiada sebarang (0) Anugerah Grammy."
"Para pengkritik pasti akan berkata bahawa mereka hanyalah artis ‘sampah’ yang hanya terdesak untuk mendapatkan perhatian. Salah!!! Mereka sebenarnya adalah artis yang baik, cuma terdesak untuk diperhatikan. Persembahan-persembahan PR mereka baru-baru ini cukup kuat untuk sekurang-kurangnya layak memenangi anugerah penyertaan."
"Oleh kerana Anugerah Grammy gagal, saya akan menganugerahkan kepada Kid dan Nicki Anugerah Perdamaian Penyertaan Muzik California (di Pusat Kennedy Newsom), sebuah anugerah yang sangat berprestij yang diputuskan oleh panel ‘perdamaian’ saya, yang mana saya sendiri yang melantik ahlinya. Ini bakal mengembalikan keadilan dalam dunia muzik. Terima kasih atas perhatian anda terhadap isu ini. – Gobenor GCN."
Kenyataan sinis daripada Pejabat Akhbar Newsom hadir tidak lama selepas Trump turut menyiarkan kiriman di Truth Social yang mengkritik Trevor Noah serta menyatakan bahawa pasukan peguamnya mungkin akan campur tangan ekoran satu jenaka mengenai Pulau Epstein.
Trump menulis, "Anugerah Grammy adalah yang TERBURUK, hampir mustahil untuk ditonton! CBS bernasib baik kerana tidak lagi membiarkan sampah ini mencemari siaran mereka. Pengacara, Trevor Noah, siapa pun dia, hampir sama buruknya dengan Jimmy Kimmel di Anugerah Oscar yang kadar penontonannya rendah. Noah, secara TIDAK BENAR, telah berkata tentang saya bahawa Donald Trump dan Bill Clinton pernah menghabiskan masa di Pulau Epstein."
"SALAH!!! Saya tidak dapat berkata apa-apa tentang Bill, tetapi saya tidak pernah ke Pulau Epstein, mahupun ke tempat yang hampir dengannya, dan sehingga kenyataan palsu dan memfitnah malam ini, saya juga tidak pernah dituduh pernah berada di sana, malah bukan oleh Media Berita Palsu sekalipun. Noah, seorang yang benar-benar gagal, lebih baik betulkan fakta-faktanya, dan betulkan dengan segera."
"Nampaknya saya akan menghantar peguam saya untuk menyaman M.C. yang malang, lemah, tiada bakat, dan seorang yang suka mengambil dadah ini, serta menuntut ganti rugi yang banyak daripadanya. Tanya Little George Slopadopolus dan yang lain-lain bagaimana kesemua itu berakhir. Tanya juga CBS! Bersiaplah Noah, saya akan membuatkan kamu berasa seronok!" – Presiden DJT.


