KUALA LUMPUR, 10 Juli — Dewan Olahraga Nasional (NSC) menargetkan setidaknya 70 persen atlet Malaysia...KUALA LUMPUR, 10 Juli — Dewan Olahraga Nasional (NSC) menargetkan setidaknya 70 persen atlet Malaysia...

NSC menetapkan target podium 70 persen saat Malaysia meningkatkan persiapan untuk SEA Games 2027

2026/07/10 15:12
durasi baca 2 menit
Untuk memberikan masukan atau menyampaikan kekhawatiran terkait konten ini, silakan hubungi kami di [email protected]

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Majlis Sukan Negara (MSN) menyasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus atlet Malaysia untuk menaiki podium di Sukan SEA 2027, yang akan diadakan dari 18 hingga 29 September di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata sasaran tersebut berdasarkan pembentangan mengenai status pelaksanaan program persediaan atlet, termasuk Program Podium dan Program Para, pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Kemajuan Atlet yang diadakan hari ini.

Beliau berkata pembentangan itu juga menggariskan penilaian prestasi atlet berdasarkan kedudukan dunia dan pencapaian di peringkat dunia, Asia dan Sukan SEA.

“Ini telah dibentangkan, dan nampaknya kita sedang membuat kemajuan yang baik ke arah mencapai sasaran,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di ibu pejabat MSN di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta kedua-dua Ketua Kontinjen (CDM) bagi kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2027 dan Sukan Para SEA 2027.

Jefri berkata MSN juga akan menubuhkan tiga kluster kampung sukan di Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menyediakan perkhidmatan sokongan bersepadu kepada atlet menjelang Sukan.

Beliau berkata kampung sukan tersebut akan menempatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung, termasuk dari Institut Sukan Negara (ISN), untuk memastikan atlet menerima sokongan menyeluruh atau “360 darjah” sepanjang Sukan.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia telah meminta penganjur untuk menempatkan kontinjen negara di hotel yang berasingan daripada negara lain bagi memudahkan koordinasi operasi dan penyampaian perkhidmatan kepada atlet.

“Sebenarnya, tidak akan ada banyak kos tambahan kerana penginapan sudah disediakan oleh penganjur. Kami hanya meminta agar hotel tersebut dikhaskan secara eksklusif untuk kontinjen Malaysia,” katanya.

Jefri menambah bahawa MSN juga telah menubuhkan panel penilaian prestasi dan audit untuk memantau secara objektif pelaksanaan program persediaan atlet. Panel bebas tersebut akan dipengerusikan oleh bekas atlet negara Datuk Marina Chin.

Beliau berkata panel itu ditubuhkan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan sekiranya MSN menilai programnya sendiri, sambil memastikan pemantauan program dan audit prestasi dijalankan dengan telus dan berkesan menjelang Sukan SEA 2027.

Beliau juga berkata lawatan rasmi oleh Ketua Kontinjen ke pusat latihan untuk sukan yang tidak terlibat dalam Sukan Asia 2026 di Nagoya akan bermula selepas Sukan Komanwel tahun hadapan untuk mendapatkan maklum balas langsung mengenai keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh setiap persatuan sukan kebangsaan. — Bernama

Berlindung, Berbagi 1 Juta USDT

Berlindung, Berbagi 1 Juta USDTBerlindung, Berbagi 1 Juta USDT

Tingkat VVIP tinggi, peluang kompensasi yang tinggi.

Penafian: Artikel yang diterbitkan ulang di situs web ini bersumber dari platform publik dan disediakan hanya sebagai informasi. Artikel tersebut belum tentu mencerminkan pandangan MEXC. Seluruh hak cipta tetap dimiliki oleh penulis aslinya. Jika Anda meyakini bahwa ada konten yang melanggar hak pihak ketiga, silakan hubungi [email protected] agar konten tersebut dihapus. MEXC tidak menjamin keakuratan, kelengkapan, atau keaktualan konten dan tidak bertanggung jawab atas tindakan apa pun yang dilakukan berdasarkan informasi yang diberikan. Konten tersebut bukan merupakan saran keuangan, hukum, atau profesional lainnya, juga tidak boleh dianggap sebagai rekomendasi atau dukungan oleh MEXC.

Rekor Iklan, Saham Turun 7%

Rekor Iklan, Saham Turun 7%Rekor Iklan, Saham Turun 7%

29 Juli: Keuangan Meta menghadapi pertanyaan pasar.